Kuliah 1


OK... Kuliah ini adalah kuliah pengenalan. Pelbagai takrifan istilah Teknologi Maklumat telah diberikan selain pengetahuan asas berkaitan. Antaranya ialah:

|

Apa itu teknologi maklumat?

Teknologi maklumat ialah ilmu dan kegiatan yang melibatkan penyimpanan dan penyebaran maklumat dengan menggunakan komputer.

|

Apa itu maklumat?

Pengetahuan tentang sesuatu; khasnya fakta, berita dan sejenis dengannya.

|

Apa itu teknologi?

Kombinasi alat dan teknik yang mengoperasikan ilmu.

|

Komunikasi ialah peralihan, penyampaian atau penyebaran mesej dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

|

Fungsi-fungsi TM

  • Memperoleh / mengesan data
  • Menyimpan data
  • Memperoleh semula data
  • Memproses / menganalisa data
  • Mengkomunikasikan data
  • Memaparkan data
  • |

    Praktikal Minggu Ini

    Memahami konsep pencarian maklumat melalui internet (cara menggunakan search engine). Search Engine boleh diibaratkan sebagai satu jentera yang membantu kita mencari maklumat yang dikehendaki berdasarkan pemadanan perkataan. Contohnya, apabila "Malaysia" ditaip ke dalam kotak search engine, semua laman web yang didaftarkan dengan pengindeksan Malaysia akan dikesan dan dipaparkan. Terdapat pelbagai search engine yang popular seperti Yahoo, Webcrawler, Al-Vista dan lain-lain.

    _____Jika Universiti Malaysia Sabah ditaip dalam kotak search engine, maka apa-apa sahaja maklumat yang diindekskan sebagai Universiti, Malaysia dan Sabah akan dikesan. Sebaliknya, jika "Universiti Malaysia Sabah" dimasukkan, maka hanya perkataan Universiti Malaysia Sabah yang tidak terpisah dikesan.

    |

    |

    Jika terdapat sebarang kemusykilan, sila hubungi[email protected]


    Kuliah 2 | Kuliah 3 | Kuliah 4 | Kuliah 5 | Komen | Terminologi | Main