Kuliah 3
Ringkasan kuliah kali ini adalah seperti berikut:
|
Cip Mikropemproses
Komponen utama dalam sesebuah komputer. Semakin tinggi frekuensi MHznya, semakin cepat kadar pemprosesan. Contoh jenama mikropemproses ialah Intel (Pentium), Cyrix dan lain-lain.
|
Keupayaan cip
Juga berkaitan dengan kadar kecepatan komputer bekerja. Bit adalah ukuran keupayaan ini. Contohnya, 8, 16, 32, dan 64 bit.
|
Memori
Merujuk kepada ingatan komputer. Untuk mempercepatkan sesebuah komputer, antara cara termurah ialah dengan menambah memori komputer.
|
Sistem pengoperasi
Sistem yang mengoperasikan komputer. Contohnya ialah MS-DOS, DR-DOS dan lain-lain.
|
Mesra pengguna
Memerihalkan keadaan kesenangan menggunakan komputer walaupun dengan pengetahuan komputer yang cetek. Program kini semakin mesra pengguna kerana icon grafik digunakan menggantikan set arahan. Antara software yang paling mesra pengguna ialah software Microsoft.
|
Kegunaan asas komputer peribadi (PC)
|
Telekerja
Bekerja dari jauh atau lokasi lain. Contohnya, telepersidangan, telependidikan, telekuliah dan lain-lain.
|
|
Anda ada komen? Alamatkan kepada [email protected]